Wednesday, April 22, 2009


"Ahl bait" Menurut Al-Quran Dan Hadis


Dalil al Quran :

1.Surah Hud (ayat 72-75 : ahl bait merujuk - isteri nabi Ibrahim AS berdialog dengan malaikat)

Firman Allah SWT bermaksud:


"Isterinya berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.

Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini(ahl bait). Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim dan sampai kepadanya berita yang menggembirakan itu, (mulailah) dia membantah (utusan-utusan) Kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut. Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti. (Malaikat-malaikat itu berkata): Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka) dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan). ( Surah Hud:ayat 72-75)



2.Surah al Ahzab (ayat 28 - 34 : ahl bait - merujuk isteri nabi SAW - dilarang keluar rumah jgn berhias spt orang fasik; tunjuk ajar Allah SWT kpd isteri nabi agar menjadi mereka yang menjadi contoh masyarakat ).

Firman Allah SWT bermaksud:


Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar. (29) Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (30) Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. (31) Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (32) Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (33) Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.



Dalil Hadis Sohih :

Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah berdiri di hadapan pintu rumah ‘A‘isyah (عائشة) radhiallahu ‘anha dan memanggil beliau dengan gelaran Ahl al-Bait:

……maka keluarlah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menuju ke bilik(rumah)‘A’isyah dan bersabda: “Assalamu‘alaikum Ahl al-Bait waRahmatullah!” ‘A’isyah menjawab: “Wa ‘alaika salam waRahmatullah!


Sahih: Ringkasan hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, lihat Shahih al-Bukhari – no: 4793 (Kitab tafsir, Bab tafsir ayat 53 surah al-Ahzab).

Imam Muslim meriwayatkan melalui sanadnya dari Yazid ibn Hayyan; ia berkata: Aku dan Husain ibn Sabrah serta ‘Umar ibn Muslim pergi menemui Zaid ibn Arqam. Setelah kami duduk-duduk bersamanya, berkata Husain kepada Zaid: “Sungguh engkau telah mendapat banyak kebaikan. Engkau telah melihat Rasulullah, mendengarkan hadithnya, berperang bersamanya, dan shalat dibelakangnya. Sungguh engkau telah mendapat banyak kebaikan, hai Zaid. Cuba ceritakan kepadaku apa yang kamu dengar dari Rasulullah saw”‘

Berkata Zaid: “Hai anak saudaraku, aku sudah tua, ajalku hampir tiba, dan aku sudah lupa akan sebahagian yang ku dapat dari Rasulullah. Apa yang kuceritakan kepadamu, terimalah, dan apa yang tidak ku sampaikan, janganlah kamu memaksaku untuk memberikannya”.

Lalu Zaid berkata: “Pada suatu hari Rasulullah saw berdiri di tengah-tengah kami menyampaikan pidato di suatu tempat bernama Ghadir Khumm yang terletak antara Makkah dan Madinah. Ia membaca hamdalah, dan memuji kebesaranNya. Ia mengingatkan dan memberi nasihat. Selanjutnya ia berkata: Hai manusia, sesungguhnya aku adalah manusia biasa, hampir-hampir datang kepadaku utusan Tuhanku, dan aku akan memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan untukmu ats-tsaqalain (dua hal). Pertama, Kitab Allah. Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka ambillah Kitab itu, dan berpeganglah kepadanya. Suruhlah manusia berpegang pada Kitab Allah dan mencintainya. Kedua, keluargaku. Kuingatkan kamu akan Allah mengenai Ahli Baitku. Ku ingatkan kamu kepada Allah mengenai Ahli Baitku!”

Lalu Husain bertanya kepada Zaid: “Hai Zaid, siapa gerangan Ahlul Bait itu? Tidakkah isteri-isteri nabi termasuk Ahlul Bait?"

Jawabnya: “Isteri-isteri nabi termasuk Ahli Baitnya. Lanjutnya lagi Ahlul Bait adalah orang yang tidak diperkenankan menerima sedekah setelah wafat Nabi”, lanjutnya lagi, “Siapa mereka?”, tanya Husain. Jawabnya: “Mereka adalah keluarga ‘Ali, keluarga ‘Aqil, keluarga Ja’far, dan keluarga ibn ‘Abbas”, “Apakah mereka semua diharamkan menerima sedekah (zakat)?” tanya Husain; “Ya”, jawabnya. (Sahih Muslim dengan syarah Nawawi, bab Keutamaan ‘Ali, jilid 15, hal.179).

Fokuskan kpd hadis berikut:


فيكم
‏ثقلين ‏أولهما كتاب الله فيه الهدى والنور فخذوا بكتاب الله واستمسكوا به فحث على كتاب الله ورغب فيه

"Aku tinggalkan untukmu ats-tsaqalain (dua hal). Pertama, Kitab Allah. Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka ambillah Kitab itu, dan berpeganglah kepadanya. Suruhlah manusia berpegang pada Kitab Allah dan mencintainya."

Kmdn:


ثم
قال وأهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي

Kmdn, sabdanya lagi," keluargaku. Kuingatkan kamu akan Allah mengenai Ahli Baitku. Ku ingatkan kamu kepada Allah mengenai Ahli Baitku."

Asbab Wurud hadith ini ialah:

Di Ghadir Khumm pada tanggal 18 Zulhijjah, telah berlaku perselisihan para sahabat R.A dgn Ali R.A. Sebelum memulakan ibadah Hajinya, Rasulullah telah mengutus serombongan sahabat diketuai oleh ‘‘Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu ke Yaman untuk urusan agama. Rombongan ini telah kembali ke Kota Mekah dan sempat melakukan Haji bersama Rasulullah. Beberapa orang dari rombongan tersebut telah mengadu kepada Rasulullah tentang beberapa tindakan ‘Ali yang tidak mereka setujui.

Sekian hari aduan-aduan tersebut masih disuarakan sehingga ketika dalam perjalanan balik, Rasulullah S.A.W berhenti sebentar di Ghadir Khumm dan berkhutbah kepada semua orang bagi menyuraikan aduan-aduan terhadap ‘Ali. Beliau menerangkan bahawa ‘Ali adalah salah seorang dari ahli keluarganya (Ahli Bait) dan hendaklah semua orang menghormatinya. Khutbah ini tidaklah bermaksud supaya umat mentaati dan mengikut ‘Ali bin Abi Talib sebagai salah satu sumber syari‘at, tetapi ia hanya sekadar untuk memperingat kemulian ‘Ali di sisi Rasulullah sehingga ke Hari Kiamat. Ini boleh dilihat pada matan asal hadith itu.

Ibn Hamzah Al-Husaini Ad-Damsyiqi dlm kitabnya,
البيان
والتعريف في أسباب ورود الحديث الشريف, menyebut asbab wurud hadith ini apabila Usamah enggan mentaati Ali dlm urusan tertentu, maka berkhutbahlah baginda S.A.W di Ghadir Khumm.

Jelas di sini, tidak ada perlantikan Ali sbg Khalifah. Yg ada hanyalah Baginda S.A.W memperingatkan tentang kedudukan Ahlul Bait. Lalu puak syiah menjadikan ini sebagai dalil Ali sbg Khalifah.

1.http://www.gph.gov.sa/index.cfm?do=cms.quranexplorer

2.http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=6060&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight





No comments: