Wednesday, April 22, 2009

AL-QURAN DAN HADIS/ SUNNAH

Sabda Rasulullah SAW :

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha dan Hakim dalam Mustadrak)

Dan termasuk sunnah rasulnya ialah mengikut sabda dan arahan Rasulullah SAW dalam segala tindakan dan amalan.


Ibnu Nashr al-Mirwazi meriwayatkan daripada al-Irbadh bin Sarah r.a. katanya :


“Rasulullah saw telah mengerjakan solat subuh bersama dengan kami. Setelah selesai baginda mengadap ke arah kami lalu memberikan satu pengajaran yang sangat berkesan, yang mengalirkan airmata dan yang menakutkan hati. Seorang berkata: Ya Rasulullah! Pengajaran ini seakan-akan pengajaran orang yang hendak mengucapkan selamat tinggal?


Baginda bersabda : Aku berpesan kepada kamu dengan bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pimpinan walaupun ianya seorang hamba Habsyi yang terpotong hidungnya, kerana sesiapa di antara kamu yang masih hidup akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang terpimpin sesudahku, gigitlah dia dengan geraham-geraham kamu, dan hendaklah kamu tinggalkan perkara-perkara baru yang diada-adakan kerana tiap-tiap bid'ah adalah sesat."

(Hadis Sohih)


Ditakhrijkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad, al- Baihaqi,al-Hakim,al Baghawi(Syarhus-Sunnah)

Himpunan Hadis-Hadis Shahih: Drs Abd. Ghani Azmi b Hj Idris; Jilid 2; al-Hidayah


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sebaik-baik manusia kurun aku kemudian orang orang yang mengikutnya kemudian orang-orang yang mengikutnya…
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud:
Ke atas kamu sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin…
(Riwayat Adu Daud dan al-Tarmizi).

Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud:
Turutilah orang-orang selepasku Abu Bakar dan Umar.
(Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil ilmu (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)


No comments: